Monday, September 22, 2014

LAGI NOTA ELEKTRONIK TINGKATAN 2

2.1 nama, simbol, dan fungsi komponen elektronik

simbol L.E.D

kesenian L.E.D

2.11 DIOD PEMANCAR CAHAYA (L.ED)
1) Diod pemancar cahaya (L.E.D) ATAU light emiting diode adalah sejenis komponen elektrik
    yang dibuat daripada bahan semikonduktor yang memancarkan cahaya dengan kehadiran arus.
2) Diod dapat diperoleh dalam pelbagai jenis warna.
3. Diod pemancar cahaya tidak mempunyai filamen dan tahan lebih lama daripada mentol.



Add caption
                                                                                                                                                                
                                       
Kaki katod
Kaki anod
  • Bercas negatif
  • Bercas positif
  • Mempunyai kaki yang pendek
  • Mempunyai kaki yang panjang    
  • Berhampiran dengan permukaan yang rata
  •  Jauh dari permukaan rata
  •  Bersambung dengan bahagian yang berbentuk bendera
  •  Bersambung dengan bahagian yang berbentuk kecil


perintang




                                                       


2.1.2 PERINTANG
1- Perintang biasanya digunakan dalam litar untuk mengawal arus dan menghadkan aliran arus
     dalam litar elektrik.
2- Nilai rintangan disukat dalam unit ohm.
3. Perintang tidak mempunyai kekutuban dan dapat dipasang tanpa
    mengikut kekutuban.


Perintang tetap
Perintang boleh laras
  •    Nilai rintangan tidak dapat      diubah
  •  Terdiri daripada jenis karbon (karbon dan tanahliat) dan jenis berlilit dawai (nikrom dan nagan)

 
       
                     simbol
  •  Nilai rintangan boleh diubah
  •  Digunakan pada peralatan eletrik yang memerlukan nilai arusnya yang berubah-ubah upaya dan rheostat

             
        
                   simbol
             



Cara untuk membaca nilai perintang



1)    1 )   Perintang mempunyai nilai yang tetap dan dilabelkan mengikut kod warna.
2     2)   Ketiga-tiga jalur pertama pada perintang tetap menunjukkan hasil rintangan dan jalur yang ke
       empat  menunjukkan had terimanya (nilai tolenrasi).
        3)   Kod perintang tetap adalah seperti yang berikut:
HITAM
0
PERANG
1
MERAH
2
JINGGA
3
KUNING
4
HIJAU
5
BIRU
6
UNGU
7
KELABU
8
PUTIH
9
41)       Nilai tolenrasi (jalur ke tempat) pada perintang tetap adalah seperti yang berikut:
Warna
Emas
Perak
Tiada
Had Terima
± 5%
± 10%
± 20%
Unit Nilai Rintangan
100 ohm  = 1 kilo ohm
1000 ohm   = 1 Mega ohm
1 000 000  = 1 Mega ohm






kapasitor

2.1.3 KAPASITOR
a- kapasitor juga dikenal sebagai pemuat dan  berfungsi menyimpan dan membuang cas elektrik.
b- keupayaan kapasitor untuk menyimpan cas ini disebut  kapasitan dan unit asas nilai kapasitan
    ialah Farad (F).                                                        
c-Semakin tinggi nilai kapasitan sesuatu kapasitor,semakin
    banyak cas yang dapat disimpan.





KAPASITOR BERKUTUB
KAPASITOR TIDAK BERKUTUB
  • Mempunyai dua kaki yang berlainan kutub.
  • Kaki yang lebih panjang adalah kaki positif dan kaki yang pendek adalah kaki negative.
  • Kaki yang berhampiran dengan tanda (-)  pada kapasitor adalah kaki negative.
  • Kaki ini mesti bersambung mengikut kekutuban kaki.
contoh
  • kapasitor elektrolitik
  • kapasitor tantalum

  • Dua kaki sama panjang.
  • Tidak perlu disambung mengikut kekutuban.
  • Biasanya menyimpan cas yang lebih sedikit berbanding kapasitor berkutub.
  • Saiz badan lebih kecil.
  • Symbol kapasitor tidak berkutub

contoh
  •   kapasitor seramik
  •   kapasitor mika






2.1.4 SUIS
1. Suis digunakan untuk menyambungkan dan memutuskan bekalan arus eletrik di dalam litar.
2. Suis disambung secara siri pada wayar hodup dan bahagian luarnya biasanya dibuat daripada bahan                    
    penebat seperti plastik atau bakelit.
3. Apabila suis ditutup, arus akan mengalir di dalam litar. Apabila suis dibuka, arus tidak akan mengalir di
    dalam litar.
4. Suis yang biasa diguanakan dalam litar termasuklah suis togel, suis tekan buka, dan suis tekan tutup.

Jenis suis dan keterangannya.


suis togel





simbol suis togel

  • arus mengalir apabila punat ditekan atau ditolak.
  • arus berhenti mengakir apabila punat ditekan atau ditolak ke arah berlawanan.












suis tekan buka dan suis tekan tutup
terdapat dua jenis suis tekan
suis tekan buka
  • apabila punat suis ditekan, arus tidak mengalir, sebaliknya arus akan mengalir apabila punat suis dilepaskan.
  • digunakan dalam litar mentol pada peti sejuk dan litar mentol pada kenderaan.
suis tekan buka
suis tekan tutup
  • apabila punat suis ini ditekan, arus akan mengalir dalam litar, arus akan mengalir berhenti mengalir jika punat suis ini delepaskan.
  • digunakan pada litar loceng rumah.

2.1.5 TRANSISTOR
1. Transistor digunakan dalam litar untuk meninggikan arus, voltan, kuasa dan berfungsi sebagai suis
2. Transisitor dibuat daripada bahan semikonduktor (separa pengalir) seperti silikon dan germanium.
3. Transistor banyak digunakan dalam radio, televisyen dan komputer.
4. Transistor mempunyai tiga kaki iaitu:
    a) kaki pemancar (E) atau emitt
  •  mengeluarkan arus untuk kembali ke punca negatif.
    b) kaki pemungut (C) atau college
  • menerima arus eletrik daripada punca positif bateri.
    c) kaki tapak (B) atau base
  • mengawal arus elektrik daripada kaki C ke kaki E.
  • biasanya disambung pada perintang tetap
5. Terdapat dua jenis transistor, iaitu transistor jenis NPN dan transistor jenis PNP.
6. Binaan transistor jenis NPN :

7. Binaan trasistor jenis PNP :

2.1.6 BUZER
1 Buzer ialah komponen yang menukarkan gelombang elektrik ke gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi.
2. Buzer berkuasa rendah dan memerlukan arus elektrik yang rendah. Buzer selalu digunakan untuk 
    mengeluarkan isyarat bunyi penggera.
3. Terdapat dua jenis buzer yang biasanya digunakan, iaitu :



 Buzer Piezo
Buzer Elektromagnet 
  • menghasilkan nada bunyi yang nyaring.
  • berkutub positif dan negatif.
  • voltan antara 1.5v -12v untuk berfungsi.

  • menghasilkan nada bunyi yang rendah.
  • tidak berkutub.
  • voltan antara 6v-12v untuk berfungsi

BAB 2 : ELEKTRONIK TINGKATAN 2

Nota KHB Tingkatan Dua : Teras ( Bab 2: Elektronik )

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
TINGKATAN 2
BAB 2 ( ELEKTRONIK )

2.1 NAMA, SIMBOL DAN FUNGSI KOMPONEN ELEKTRONIK
     

Komponen
simbol
fungsi
Diod pemancar cahaya ( LED )
·         Perlu sedikit arus ( 1.7V-3V )
·         Arus mengalir satu arah
·         Tidak berfilamen
·         Dua kaki ( katod-anod )

Menentukan kekutuban :
Kaki katod :
·         Cas negative
·         Kaki pendek
·         Hampir dengan 
           bahagian rata
·         Bersambung dengan 
        cabang berbentuk bendera
Kaki Anod :
·         Cas positif
·         Kaki panjang
·         Hampir bahagian 
           tidak rata
·         Bersambung dengan
       cabang yang lebih kecil





·         Menukar arus elektrik kepada cahaya
·         Pemberi isyarat samada sesuatu litar buka ( on ) @ tutup   (off )
·         Penghias sesuatu alat elektronik seperti radio dan kamera dengan lampu pelbagai warna
Perintang.
i.  Perintang tetap
·   Nilai tidak boleh diubah
·   2 jenis :
a.       jenis karbon
- mengandungi campuran 
serbuk karbon dan tanah liat
b.      jenis berlilit dawai
   - drp nikrom dan mangan
Kod warna perintang :
            Jalur 1 & 2       Jalur 3
Hitam       : 0                     -
Perang      : 1                     0
Merah       : 2                   00
Jingga       : 3                  000
Kuning     : 4                 0000
Hijau        : 5                00000
Biru          : 6               000000
Ungu        : 7               0000000
Kelabu      : 8              00000000
Putih         : 9             000000000
Nilai toleransi / had terima
- Jalur keempat
Emas : + 5%
Perak : + 10%
Tiada warna : + 20%


ii.Perintang boleh laras
·         Nilai rintangan boleh 
          diubah
·         Cth : dalam radio, tv 
          dll yang perlu kawalan suara, 
warna dan kecerahan cahaya skrin

a.       meter upaya
b.      pre-set

























·         Mengawal @ menghadkan aliran arus dalam litar elektrik.
Suis
i.        suis togel
a.       suis satu kutub satu 
          arah bahagian yang 
          bergerak menyentuh 
          satu bahagian tetap 
          apabila suis ditutup.
b.      suis satu kutub dua arah
   satu bahagain bergerak   
   menyentuh dua bahagian
    tetap.
ii.      suis tekan buka 
        ( push to off )
·         suis ditekan, arus tidak   
         mengalir ( off ). Apabila
      dilepas, litar on.
·         Cth : peti sejuk
iii.    suis tekan tutup
     ( push to on )
·         suis ditekan, arus mengalir ( on )
·         cth : loceng rumah





·         Menyambung @ memutuskan litar elektrik
Kapasitor ( pemuat )
·         Dalam radio, tv, perakam video
·         Unit Farad ( )
i.        kapasitor berkutub
a.       kapasitor elektrolitik
b.       kapasitor tantalum
ii.      kapasitor tidak berkutub
a.       kapasitor seramik
b.       kapasitor mika





·         Menyimpan & membuang cas elektrik
Transistor
i.        Transistor PNP ( anak panah 
          ke dalam )
CS9012, SC945
ii.      Transistor NPN ( anak panah
         ke luar )
       CS9013, CS9018, BC107, 
       BC108 & BC109
·         3 kaki
a.       Pemancar ( e )
b.       Pemungut ( c )
c.       Tapak ( b )
·         Dibina drp bahan separa
  pengalir spt silicon @ germanium


Add caption

·         Meninggikan arus, voltan dan kuasa.
·         Juga digunakan sebagai suis.
Buzer
·         Wayar hitam ( negative ), merah   ( positif )
·         Tidak berfungsi jika 
          sambungan salah



i.  buzer piezo
·   nada bunyi nyaring
·   berkutub
·   memerlukan voltan 1.5V – 12V

ii.buzer elektromagnet
·   Nada bunyi rendah
·   Tidak berkutub
·   Memerlukan voltan 6V – 12V


·         sebagai penggera
·         menukar gelombang elektrik kepada gelombang bunyi yang berfrekuensi tinggi.



Komponen aktif
·         Berfungsi membentuk, mengawal dan memproses isyarat elektrik.
·         Diperbuat daripada bahan separa pengalir sepertisilikon & germanium.
·         Contoh : transistor & diod

Komponen pasif
  • Menjadi peranti sokongan yang membantu operasi komponen aktif.
  • Contoh : perintang & kapasitor
2.2 MEMBACA DAN MENTERJEMAH LUKISAN SKEMATIK

Langkah-langkah :
i. membaca lukisan skematik dan memastikan komponen yang terlibat
ii. mengenal pasti kaedah sambungan antara sesuatu komponen
iii. terjemahkan lukisan skematik kepada lukisan bergambar
iv. menyemak dan membanding lukisan bergambar dengan lukisan skematik

2.3 PENGHASILAN PROJEK
      Nama dan fungsi alatan tangan elektronik
Nama alat
fungsi
Playar muncung tirus

  • Membentuk dan membengkok kaki komponen
  •  memotong wayar elektrik
  • Memegang komponen semasa pematerian
Pemotong sisi
( playar kacip )
  • Memotong wayar elektrik dan elektronik
  • Memotong lebihan kaki komponen yang di pateri
Penjalur wayar
i.                     spring
ii.                   mudah



  • Memotong dan menjalur wayar
Alat pemateri elektrik
·         Kadaran kuasa 15watt-30watt
·         Bahagian utama :
i.         wayar bekalan
ii.       pemegang
iii.      elemen pemanas
iv.     bit ( mata )
- bentuk pahat
- bentuk rencong
- bentuk tirus
Saiz ; 1.5mm, 3mm dan 4mm

  • Mencantum komponen pada litar secara kekal



  • Mengalirkan arus ke elemen pemanas
  • Tempat memegang pemateri
  • Memanaskan bit
  • Mencairkan pateri , memanaskan balapan dan kaki komponen
Penyedut bahan pateri
desoldering tool )

  • Menyedut pateri yang telah dicairkan bagi menanggalkan komponen elektronik daripada papan litar
Set pemutar skru
(precision screwdriver)
  • Menanggalkan dan mengetatkan skru-skru bersaiz kecil
Peletak alat pemateri
soldering holder )

  • Meletak alat pemateri semasa pematerian
Pemegang bod litar
soldering aid )

  • Mengapit bod litar dengan kemas semasa pematerian.




Menyenggara alatan tangan

Kelengkapan dan bahan pematerian
i.                    bahan pateri
·        mengandungi campuran 60% timah dan plumbum
·        saiz : diameter 0.8mm, 1mm
·        bahan pateri jenis dawai mengandungi fluks

ii.                  fluks
·        bahan yang mencegah lapisan oksida terbentuk pada tempat yang hendak dipateri.
·        Membersihkan bahagian yang dipateri  dan
·        Membantu pengaliran pateri yang lebur

iii.                kertas las
·        untuk membersihkan bit sebelum kerja pematerian

iv.                span
·        span lembab diletak pada peletak alat pemateri
·        uji kepanasan bit dengan mencecah bit pada span lembab
·        bersihkan bit dengan menggosok bit pada span lembab.